- LELAKI LEMBUT – SATU PENGENALAN
Isu Lelaki Lembut telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Kaunselor Organisasi dan Kaunselor HEP Institut Pendidikan Guru Malaysia pada 20-22 April 2009 di Hotel Royale Bintang, Seremban. Didapati bahawa ada wujudnya personaliti seumpama itu bukan sahaja di IPGM bahkan juga di banyak institusi lain termasuk sekolah-sekolah di seluruh negara. Ekoran daripada itu KPM pula mengambil tindakan untuk mendapatkan data bagi jenis kes yang berkenaan dan seterusnya mengenalpasti strategi untuk menolong mereka agar isu kecelaruan identiti gender ini tidak akan menjadikan satu lagi masalah sosial di negara kita.
Kebetulan juga pada pertengahan Julai yang lalu, Pn. Normazwin bte Yahya daripada Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Putrajaya telah pun menyampaikan maklumat tentang Lelaki Lembut kepada para kaunselor organisasi IPGM di Bayu Beach Resort,Port Dickson, NS. Atas permintaan ramai rakan guru bimbingan dan kaunseling di Sarawak, saya dengan sukacitanya upload maklumat tersebut untuk pengetahuan semua.
DEFINISI - Kecelaruan identiti gender (gender identity disorder – GID) didefinisikan sebagai konflik individu terhadap fizikal sebenar dirinya dengan identifikasi terhadap dirinya sendiri.
- Contohnya seseorang itu dari segi fizikalnya atau dilahirkan sebagai seorang lelaki tetapi mempunyai perasaan dan bertingkahlaku seperti seorang perempuan
Kecelaruan identiti gender tidak boleh disamakan dengan homoseksual.
PENYEBAB
Kemungkinan disebabkan hormon dalam tubuh seseorang, gen dan faktor persekitaran umpamanya didikan keluarga mungkin jadi salah satu penyumbang kepada permasalahan ini
SIMPTOM
KANAK-KANAK
- jijik alat sulit mereka sendiri
- tidak diterima oleh rakan sebaya yang sama gender
- percaya bahawa apabila besar nanti, akan jadi gender yang berlainan
- mengalami tekanan atau anxiety
- menyatakan mereka mahu menjadi gender yang berlainan
DEWASA
- berpakaian seperti berlainan jantina
- merasa kesepian
- mengalami kemurungan atau anxiety
- mahu menjadi seperti individu yang berlainan gender
- mengharap agar alat sulitnya dapat dibuang
SAMADA KANAK-KANAK DAN DEWASA :
- memperlihatkan kebiasaan yang dilakukan oleh
- gender yang berlawanan
- menarik diri dari interaksi sosial
TANDA-TANDA
- merasakan bahawa mereka berada di dalam badan gender yang “salah”
- Perasaan yang dirasakan ini mestilah dalam tempoh dua tahun untuk di diagnos.
- Sejarah diri dan penilaian psikatrik boleh mengesahkan kehendak kekal untuk menjadi gender yang berlawanan
KOMPLIKASI :
- Kemurungan atau anxiety
- Distress emosi
- Merasa keseorangan
- Konsep kendiri yang rendah
SENARIO
- Terdapat di mana-mana dalam persekitaran kita
- Di rumah : disukai oleh ahli keluarga terutamanya si ibu kerana banyak membantu dalam melaksanakan kerja-kerja rumah tangga seperti memasak, mengemas, menghias rumah dan menjahit.
- Di sekolah, pelajar dalam kategori lelaki lembut ini di sukai oleh guru-guru kerana ringan tangan membantu guru dalam apa juga keadaan
- Pelajar-pelajar perempuan selesa bergaul bersama pelajar lelaki lembut kerana sangat memahami dan menyukai aktiviti yang dilakukan oleh pelajar perempuan
- Institut pengajian tinggi : pelajar lelaki lembut ini mula mencari dan memasuki kumpulan yang sama “spesis”. Aktiviti yang dilakukan lebih ekstrem
- Mereka lebih berani menonjolkan identiti yang mereka mahukan. Contohnya menyimpan kuku panjang, mencabut bulu kening, memakai “lip gloss” untuk bibir, mewarnakan rambut, menyimpan rambut yang panjang mencecah bahu dan memakai aksesori wanita seperti gelang serta rantai.
- Alam pekerjaan :
Mereka berpakaian seperti lelaki biasa tetapi masih mahu kelihatan feminin
dengan memakai celak mata, cabut bulu kening dan berkuku panjang
ISU / CABARAN
- Perbincangan ini berfokuskan kepada lelaki lembut yang dilantik menjadi guru
1) Adakah guru (lelaki lembut) ini akan mempengaruhi anak-anak murid dari segi penampilan dan perawakannya?
2) Adakah guru ini boleh mengancam pelajar-pelajarnya?
3) Ruang guru ini untuk mengambil kesempatan?
4) Organisasi tempat guru tersebut bertugas. Adakah guru ini akan
memberi imej yang tidak baik dan memberi kesan secara
langsung dan tidak langsung terhadap reputasi sekolah.
RAWATAN: - Melalui sesi kaunseling
- Melalui spiritual
- Kumpulan sokongan yang mantap.
KESIMPULAN - Sungguhpun lelaki lembut ini anugerah tuhan, sesungguhnya anugerah itu perlu digunakan sebaik mungkin dan ke arah yang positif .
- Andainya kontra yang menjadi ikutan, tentunya impikasi guru lelaki lembut ini membawa persepsi yang negatif, idola / ikutan murid lembut dan boleh ke tahap mengancam organisasi
Rujukan : - Medilines Plus (http://www.nlm.nih.gov/medilineplus/print/ency/article/001527.htmzzz)
- Psychnet-UK
- http://www.psychnet-uk.com/dsm_iv/gender%20_identity_disorder.htm
- www.genderpsychology.org/mental_illness_model.html
- http://webhome.idirect.com/~beech1/GENDERID.HTM
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Pn. Normazwin atas kesudian untuk berkongsi maklumat tersebut dengan kami semua. Bless u.
When you bore......writting is something good to you dont you think so? Great job Wong!
ReplyDeleteYeah. Yeah. U r rite. I write when fellow GBK SMS in for info. U gonna b a great blogger one day. Keep it up !
ReplyDelete